Friday, September 12, 2008

Zaman Kejatuhan Pak Lah

1. Di sekolah kami telah diajar Sejarah Malaysia. Zaman pemerintahan Melaka banyak mengajar kami tentang perihal Raja-Raja yang memerintah. Ada yang bengis. Ada yang pintar. Ada yang baik hati. Dan ada yang sememangnya tidak berkesan langsung. Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin yang baik akan dipuja. Pemimpin yang buruk akan dikeji. Sejarah tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya. Bagaimana pula dengan pemimpin kerajaan Malaysia, YAB Pak Lah. Bagaimanakah kepimpinan beliau akan dinotakan di dalam buku-buku sejarah kami?

2. Jelas rakyat telah memberi mandat penuh kepada YAB Pak Lah pada tahun 2004 untuk memimpin kerajaan Malaysia. Harapan rakyat ketika itu menggunung sehinggalah mencatatkan undian paling besar dalam sejarah Barisan Nasional. Harapan rakyat ketika itu, sepertimana harapan pengundi Barrack Obama, adalah bahawa YAB Pak Lah merupakan ejen penukaran (agent of change).

3. Pada Mac 2008, amanat tersebut telah dengan jelasnya ditarik balik apabila rakyat bersuara melalui peti undi mengembalikan Barisan Nasional dengan kemenangan yang agak tipis apabila dibandingkan degan sejarah terdahulu dan juga jika dibandingkan dengan kejatuhan beberapa negeri ke tangan lawan.

4. Sebab ketara kejatuhan Barisan Nasional ialah kegagalannya memenuhi mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya pada tahun 2004. Reformasi yang telah diura-urakan tidak dilaksanakan. Ekonomi jatuh merudum. Aktiviti kriminal berleluasa. Isu perkauman digembark-gemburkan. Korupsi meningkat hngga tak terkawal. Kerajaan tidak dapat berfungsi akibat polisi-polisi yang terumbang-ambing dari sau hari ke hari yang lain.

5. Seperti mana-mana kumpulan korporat yang berkaliber, ketua kumpulan tersebut haruslah bertanggungjawab menerima akibat performance yang buruk. Di dalam situasi korporat, ketuanya akan meletak jawatan. Sekiranya beliau tidak sanggup perbuat demikian, beliau akan dipecat oleh Lembaga Pengarah. Sekiranya Lembaga Pengarah tidak sanggup berbuat demikian, pemegang-pemegang saham syarikat tersebut akan menukar komposisi Lembaga Pengarahnya supaya kehendak mereka dilaksanakan. Tidak pernah timbul soal ketuanya berunding untuk membenarkan transisi penukaran yang mengambil masa selama 2 tahun. Tidak pernah timbul soal ketuanya memilih penggantinya. Persoalan bilakah ketua tersebut harus meletak jawatannya dan siapakah penggantinya jatuh ke atas tangan Lembaga Pengarah yang bertindak menurut kehendak pemegang-pemegang saham syarikat tersebut. Sejak bila ketua kumpulan syarikat berkuasa untuk menentukan kesemua yang tersebut bagi pihak pemegang saham. Seandainya begitu, kumpulan shareholders minority watchdog akan tentunya membuat aduan yang berpatutan ke pihak yang berkuasa ke atas syarikat tersebut.

6. Kini kepimpinan YAB Pak Lah jelas gagal. Beliau haruslah menerima padahnya. Saya amat gembira dengan komen-komen dari Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin yang dengan jelasnya kembali ke pangkuan corporate governance. Biarlah akar umbi UMNO, iaitu pemegang sahamnya, memutuskan bila YAB Pak Lah harus meletak jawatan dan siapakan penggantinya. YAB Pak Lah bukannya UMNO. Sekiranya keputusannya adalah untuk menggantikan YAB Pak Lah, maka begitulah takdir sejarah YAB Pak Lah. Janganlah sekali-kalinya menentukan takdir sendiri.

7. Pada pendapat saya dan juga harapan saya, YAB Pak Lah akan kecundang di AGM UMNO Disember ini. Risikan akar umbi saya dengan jelas menunjukkan bahawa YAB Pak Lah rata-rata tidak disukai oleh ahli UMNO. Malahan dibenci oleh ahli UMNO dan ahli bukan UMNO. Saya tidak pernah melihat sentimen sebegini rupa di kalangan rakyat. Sejarah akan tentunya mencatatkan YAB Pak Lah sebagai Bapa Perpecahan.

8. Oleh sedemikian, saya mensyorkan YAB Pak Lah supaya kamu meletakkan jawatan secepat mungkin sebelum dimalukan sebegitu rupa.

No comments: